Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
Tarikh | 05 September 2008 (Jumaat) |
Tingkatan | 2K ( 4.15 - 5.15 Ptg / 2 Masa ) |
Bidang / Tajuk | Sejarah Dan Aspresiasi Seni Visual |
Unit Pembelajaran | Perkembangan Seni Visual Di Malaysia i) Institusi Seni Di Malaysia a) Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) b) Institusi Teknologi Mara (ITM) c) Universiti Sains Malaysia (USM) d) Balai Seni Lukis Negara |
Hasil Pembelajaran / Objektif | Mengetahui sejarah Seni Halus Malaysia sebelum merdeka dan Kraf Tradisional dari aspek tokoh, karya dan sumbangan |
Aras 1 Aras 2 | i) Mengumpul maklumat Sejarah Seni Halus sebelum Merdeka dan kraf tradisional dari aspek: - Pengenalan - Tokoh, karya dan sumbangan iii) Membuat pernyataan tentan g Seni Visual dalam kehidupan dan budaya ix) Menamakan tokoh Seni Halus dalam kehidupan dan sumbangan mereka terhadap perkembangan budaya x) Menjelaskan peranan Seni Visual dalam kehidupan seharian |
Aktiviti Pembelajaran | 1. Kajian Maklumat - Mencari sumbangan Tokoh Seni kepada aktiviti seni di Malaysia 2. Latihan berdasarkan bab ini: a) Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen telah menggunakan medium cat air untuk menghasilkan catan b) Angkatan Pelukis Semenanjung telah bertukar nama kepada Angkatan Pelukis SeMalaysia c) The Thursday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1957 d) Pada tahun 1965, Penang Art Teachers Circle ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan pencapaian karya aslinya e) Balai Seni Lukis Negara telah dibuka pada 27 Ogos 1958 sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap seni Visual di Malaysia f) Senaraikan 3 nama ahli yang telah menyertai The Thursday Art Group : - Abdullah Ariff - Tay Hooi Keat - Kuo Ju Ping g) Senaraikan dua kumpulan seni yang ditubuhkan selepas merdeka: - Angkatan Pelukis SeMalaysia - Kumpulan Anak Adam h) Senaraikan 2 institusi yang menawarkan pengajian bidang Seni di Malaysia - UiTM - USM |
Refleksi | Pelajar dapat memahami nota yang diberi. Latihan yang dibagi juga telah berjaya dijawab dengan betul. Nota untuk bab ini selesai diberi kepada para pelajar |
ABM | i) Nota yang dibuat sendiri berdasarkan Buku Rujukan Pendidikan Seni Visual tingkatan 2 |
0 comments:
Post a Comment